Rawat Penyakit Dengan Madu & Kayu Manis

April 26, 2018


1. Keguguran Rambut
Campurkan minyak zaiton panas yang telah dicampurkan dengan 1 sudu makan madu dan 1 sudu teh
serbuk kulit kayu manis. Ramaskan campuran itu di kepala biarkan selama 5-15 minit. Kemudian bilas dengan air.

2. Infeksi Pundi Kencing
Campurkan 2 sudu makan serbuk kulit kayu manis dan 1 sudu teh madu ke dalam segelas air suam. Setelah itu, minum. Ramuan ini dapat membantu anda membunuh kuman-kuman di dalam pundi kencing.

3. Kolesterol
Ramuan ini dapat membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam darah hingga 10% dalam masa 2 jam sahaja. Madu asli yang anda minum setiap hari membantu anda mengatasi masalah kolesterol.

4. Sakit Perut
Madu yang telah dicampurkan serbuk kulit kayu manis dapat mengubati sakit perut. Selain itu, ia dapat membersihkan perut dan menyembuhkan bisul sampai ke akarnya.

5. Kanser
Para pengkaji Jepun dan Australia telah mendapati kanser perut dan masalah tulang belakang dapat disembuhkan dengan mengamalkan madu dan kayu manis. Pesakit perlu minum 1 sudu makan madu
+ 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis selama 1 bulan. 1 hari 3 kali.

6. Nafas Berbau
1 sudu teh madu dan serbuk kulit kayu manis yang dicampurkan dalam air panas dapat membantu nafas anda tetap segar sepanjang hari.

7. Sakit Kepala Sinus
Minum campuran madu dengan campuran air limau nipis dapat menyembuhkan sakit kepala akibat sinus.

8. Berat Badan Berlebihan
Minum segelas air yang direbus dengan madu dan serbuk kulit kayu manis setiap pagi setengah jam sebelum sarapan atau semasa perut masih kosong. Lakukan secara konsisten kerana ia dapat mengurangkan berat badan.

9. Radang Sendi (Arthritis)
Ambil satu bahagian madu dan dua bahagian air suam. Tambah 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis. Campurkan madu, air suam dan serbuk kulit kayu manis. Urut bahagian yang sakit secara perlahan. Rasa sakit akan berkurang dalam masa 1-2 minit.

10. Mencegah Penuaan
Teh yang dicampur dengan madu dan serbuk kulit kayu manis yang selalu diminum setiap hari dapat membantu mencegah penuaan. Ambil 4 sudu madu + 1 sudu serbuk kulit kayu manis + 3 cawan air. Rebus campuran itu dan minum sebanyak 4 kali. Ia dapat membuatkan kulit segar dan halus serta mencegah penuaan.











You Might Also Like

0 comments