Kulit Bermasalah? 5 Tips atasi kulit bermasalah

April 26, 2018


1. Amalkan air kosong
Amalkan minum air kosong dengan kuantiti yang mencukupi supaya kita dapat mengatasi kulit bermasalah seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya.

2. Beras
Rendam beras setengah gelas. Campurkan dengan daun cermai dan ibu kunyit. Kisarkan bahan-bahan
tersebut. Sapukan pada seluruh muka anda sebelum tidur. Amalkan ia selama seminggu.

3. Lidah Buaya
Potong lidah buaya yang telah dibersihkan. Lendir tersebut di sapukan pada seluruh muka. Biarkan ia semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Daun Pegaga
Ambil 10 helai pegaga, cuci dengan air garam. Tumbuk halus dan campurkan sedikit dengan bedak sejuk yang telah diletakkan air suam. Ratakan seluruh bahagian wajah. Biarkan ia semalaman. Amalkan setiap hari.

5. Bawang Putih
Ambil seulas bawang putih dan sapukan pada kulit bermasalah seperti jerawat atau parut jerawat. Amalkan setiap hari.






You Might Also Like

0 comments