6 Senaman Ringkas Di Tempat Kerja

April 26, 2018

Mengekalkan kadar metabolisme anda di tempat kerja boleh menjadi sesuatu yang sukar, tetapi ia bukanlah mustahil. Anda cuma perlukan sedikit imaginasi dan kreativiti untuk melakukan senaman tersebut. Bukan semua senaman memerlukan kawasan yang luas. Berikut merupakan 6 senama ringkas di tempat kerja.


#1 Angkat tangan dan bahu, cuba rapatkan ke telinga. Tahan beberapa saat dan kembali kedudukan asal. Ulang sebanyak 10 kali atau sehingga  ketegangan di bahu terasa lega.

#2 Goyang dan pusingkan pergelangan tangan selama 30 saat dan ulang beberapa kali. Ini penting untuk mengelak daripada mengalami kesakitan pada pergelangan tangan akibat terlalu lama menggunakan komputer.

#3 Tarik nafas dalam-dalam dan tahan beberapa saat. Lepaskan perlahan-lahan dan  ulang 5 hingga 10 kali.

#4 Tegangkan seluruh badan sambil genggam tangan, ketap gigi dan pejamkan mata. Tahan beberapa saat dan rehatkan badan.

#5 Gosokkan tapak tangan hingga terasa panas.

#6 Letakkan tapak tangan pada mata selama beberapa saat. Kaedah ini boleh merehatkan mata yang letih.







You Might Also Like

0 comments