5 Tips Atasi Masalah Rambut

April 26, 2018

1. Atasi rambut beruban
Ambil 10 helai daun buluh, tumbuk halus-halus dan sapukan di rambut anda. Amalkan setiap hari.

2. Sihatkan rambut
Ambil 2-3 limau purut (berdasarkan ketebalan rambut anda) dan perahkan sehingga keluar air limau purut tersebut. Sapukan diseluruh rambut anda dan biarkan ia kering dan bilas. Amalkan setiap hari.

3. Lembutkan rambut
Ambil 10 helai daun bunga raya, tumbuk sehingga halus. Sapukan pada rambut hingga ke akar rambut dan bungkus rambut anda dengan plastik. Biarkan ia selama setengah jam dan bilas menggunakan air sejuk. Amalkan 2 kali seminggu.

4. Hilangkan kelemumur
Ambil semangkuk daun inai tumbuk sehingga halus dan sapukan pada kulit kepala anda yang telah basah. Bungkus rambut anda dengan plastik. Biarkan selama setengah jam dan bilas menggunakan air. Amalkan 2 kali seminggu.

5. Lebatkan rambut
Sediakan pati santan dari sebiji kelapa, perah santan menggunakan air suam. Basahkan rambut dan sapukan pati santan ke dalam rambut anda hingga ke akarnya. Perapkan rambut menggunakan tuala. Biarkan ia selama 20 minit dan bilas menggunakan air. Amalkan 2 kali seminggu.






You Might Also Like

0 comments