5 Punca Penuaan

April 26, 2018


1. Tekanan
Tekanan yang teruk @ kemurungan adalah penyebab menjadi tua. Apabila kita berasa dalam keadaan tertekan tubuh kita memerlukan banyak tenaga untuk menstabilkan emosi. Ia menyebabkan sistem tubuh akan terganggu, malah ia memudaratkan kesihatan badan. Untuk menstabilkan emosi sentiasa tenang dan relaks, jangan lupa menarik nafas dalam dan hembus dengan perlahan. Bertakafur membantu anda mengatasi masalah tersebut.

2. Merokok
Kandungan bahan kimia di dalam asap rokok mengandungi radikal bebas. Nikotin membuatkan sel-sel kulit tidak mampu untuk menutup kelembapan kulit. Apabila kelembapan kulit semakin kurang, kulit akan kelihatan kusam, kering dan juga kasar. Merokok mampu membuatkan aliran darah menurun dan menyebabkan sel kulit bermasalah dan tidak berfungsi.

3.Persekitaran yang kotor dan tercemar
Udara yang tercemar dan persekitaran yang kotor boleh menyebabkan keradangan kulit.  Amalan pembersihan kulit amat diperlukan terutama kulit sensitif @ kulit yang mudah terkena jerawat. Apabila tidak dibersihkan dengan baik sel-sel kulit mengalami kerosakan dan menyebabkan tanda penuaan lebih ketara.

4. Pemakanan tidak seimbang
Penting untuk mengambil makanan yang seimbang setiap hari. Pengambilan makanan manis dan gula berlebihan boleh menyebabkan penuaan awal. Makanan yang terlebih bakar atau hangit seperti satay, roti bakar atau makanan berkerak tidak elok dimakan keranan mengandungi unsur karsinogen dimana
ia mengandungi acrylamides yang menyebabkan kanser dan mempercepatkan penuaan.

5. Terdedah sinaran matahari
Sinaran UV menyebabkan kulit timbul garis halus, kedutan dan juga pigmentasi. Pembentukan dan pengumpulan pigmen yang merosak di bawah lapisan kulit ini menyebabkan tompok-tompok gelap pada kulit. Ia bermula secara perlahan dan apabila melepasi 30an ia  akan makin jelas kerana itu anda perlu memakai perlindungan UV untuk sentiasa kelihatan muda walaupun usia 30an.







You Might Also Like

0 comments