5 Cara Diy Cantikan Kulit

April 25, 2018



Inginkan Kulit Lembut
Ambil 1 biji tomato yang telah masak. Bersihkan dan  belah kepada dua bahagian. Sapu rata dibahagian kulit muka anda. Biarkan hingga kering dan bilas menggunakan air.

Inginkan Kulit Kering
Jika kulit anda berminyak  ambil 1 sudu madu lebah, parutkan sedikit kunyit yang telah dibersihkan. Gaulkan bahan tersebut. Sapu pada kulit anda yang berminyak dan biarkan ia kering. Bilas menggunakan air.

Inginkan Kulit Licin
Bersihkan muka anda. Ambil putih telur letakkan di dalam bekas. Kacau bahan itu dan sapukan di seluruh muka anda. Biarkan ia kering selama 1 jam hingga ia mengeras. Bilas muka anda dengan air suam.

Inginkan Kulit Lembap
Ambil 1 biji timun buang kulitnya, potong halus-halus. Perahkan hingga keluar air timun tersebut.
Sapukan di seluruh wajah anda. Biarkan ia selama 20 minit. Bilas menggunakan air.

Inginkan Kulit Berseri
Ambil segenggam daun inai ditumbuk hingga halus. Bentuk kan ia menjadi bulatan kecil dan masukkan dalam peti sejuk. Makan sebiji sehari selepas minum pagi.







You Might Also Like

0 comments