4 Langkah Pemilihan Produk Yang Betul

April 26, 2018


#1. Pemeriksaan Kelulusan KKM
Periksa terlebih dahulu kelulusan dari KKM. Jika tidak ada, maka produk ‘skincare’ tersebut tidak terjamin keselamatannya.

Boleh Layari Website:
http://npra.moh.gov.my/
(untuk semakan kelulusan KKM)

#2. Bau Yang Menyengat
Jika anda mencium bau aroma yang sangat kuat, sebaiknya hentikan niat anda untuk membeli produk ‘skincare’ tersebut kerana biasanya pengeluar sengaja meletakkan aroma minyak wangi pada produk untuk menyembunyikan bahan kimia @ bau logam yang terdapat pada produk tersebut.

#3. Kulit Menjadi Kemerahan Apabila Terkena Sinar Matahari
Biasanya kulit yang normal akan tetap mempunyai warna natural apabila terkena matahari. Hal ini kerana, kulit mempunyai perlindungan secara semula jadi. Namun, jika kulit wajah anda kemerahan ketika terkena sinaran matahari, maka kemungkinan lapisan kulit pada wajah anda mengalami kerosakan.

#4. Wajah Menjadi Pedih Ketika Memakainya
Jika wajah anda terasa pedih dan panas ketika memakai produk tersebut sebaiknya segera hentikan penggunaan produk tersebut. Ini kerana, krim yang mengandungi bahan-bahan berbahaya akan menimbulkan kesan negatif pada wajah, seperti rasa terbakar, pedih, merah-merah, dan sebagainya.





You Might Also Like

0 comments