10 Rutin Penjagaan Muka Wanita Korea

April 26, 2018


Langkah 1: Makeup remover + oil cleanser
Oil cleanser sangat berkesan untuk menanggalkan makeup yang degil serta menanggalkan kotoran degil yang terdapat di muka terutamanya dalam pori-pori anda. Orang Korea percaya, jika pori-pori anda tersumbat dan tidak dicuci dengan betul, kulit anda akan susah untuk mendapat serapan yang baik pada kulit anda.

Langkah 2: Pencuci Muka jenis foam
Orang Korea mengamalkan sikap “double cleansing” untuk memastikan segala kotoran yang terdapat di muka 100% bersih. Anda boleh menggunakan pencuci  muka buih atau foam cleanser yang sesuai dengan jenis kulit anda. Anda juga boleh menggunakan berus muka yang dijual di kedai kecantikan.

Langkah 3: Scrub @ Exfoliator
Scrub atau exfoliator adalah sangat penting untuk menghilangkan sel-sel mati yang terdapat di muka anda serta dapat memberi penyerapan untuk produk lain dengan lebih berkesan. Langkah ini hanya dilakukan 2 kali seminggu untuk mengelakkan kulit anda mengelupas dan terlampau kering akibat menyental muka setiap hari.

Langkah 4: Toner
Toner berfungsi untuk mengimbangkan level pH kulit anda serta menghidrat kulit anda supaya lebih senang untuk menyerap produk yang lain. Anda boleh menggunakan cotton pad dan sapu pada muka
anda secara perlahan-lahan atau menuang toner ke tangan anda dan menepuk toner tersebut di muka dengan lembut.

Langkah 5: Essence
Langkah ini juga merupakan yang paling berkesan dalam penjagaan kulit. Apa itu essence? Essence ialah produk yang berfungsi sebagai toner dan serum. Beza antara toner  dengan essence kerana ia berfungsi untuk membaiki kulit anda serta menolong dalam perolehan sel. Cara untuk memakai essence adalah dengan menepuk produk tersebut di muka anda dengan perlahan-lahan.

Langkah 6: Ampoules @ Serum / Skin-booster
Ampoules dan essence hampir sama tetapi ampoules merupakan essence yang lebih tertumpu. Kebanyakan ampoules mempunyai tugasnya yang lebih spesifik seperti mencerahkan kulit, menghilangkan parut jerawat, mengecilkan pori-pori dan sebagainya. Cara memakai ampoules sama seperti memakai essence.

Langkah 7: Mask
Mask (topeng wajah)  kaya dengan essences yang baik untuk kulit seperti kolagen atau ekstrak tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu untuk memperbaharui kulit kita. Mask disyorkan untuk dipakai selama 15-20 minit. Jika kulit anda jenis yang lebih kering, anda boleh memakainya setiap hari tetapi jika kulit anda lebih berminyak, dua kali seminggu.

Langkah 8: Eye Cream
Kulit di bawah mata kita adalah area yang sangat sensitif dan halus jadi tanda-tanda awal penuaan akan nampak di area mata dahulu. Oleh itu, kita haruslah menggunakan eye cream untuk mengelakkan kedutan muncul pada usia yang muda. Cara memakai eye cream adalah dengan menggunakan jari  anda dan dab dengan perlahan-lahan di area bawah mata . Jangan sesekali menggosok  produk ke dalam kulit anda.

Langkah 9: Moisturizer
Anda haruslah sentiasa melembapkan kulit, walaupun kulit anda jenis yang berminyak.

Langkah 10: Night Cream/ Sunblock
Pada waktu siang, langkah yang terakhir merupakan sunblock. Walaupun anda ke kelas atau kerja di dalam bangunan, kita tetap akan terdedah kepada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit.











You Might Also Like

0 comments